Tahun 2020 buat Asyraf Nasir ‘Keliru’

Dari Penulis

SELEPAS kejayaan single debut berjudul Virus, penyanyi rap sedang meningkat naik, Asyraf Nasir kini muncul dengan single terbaru berjudul Keliru.

Lagu ciptaan Asyraf bersama Jann yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia ini adalah perspektif Asyraf dalam menerangkan suasana ketidakpastian yang timbul pada tahun ini.

“Hampir tiga dekad, rakyat Malaysia menanti-nantikan tahun 2020 setelah tercetusnya Wawasan 2020. Namun apabila tahun 2020 tiba. Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi.

“Daripada tahun yang sepatutnya membawa kemakmuran, 2020 berubah menjadi tahun yang penuh dengan ketidakstabilan. Selain daripada pandemik COVID-19 yang melanda, ketidakstabilan politik dan ekonomi yang  berlaku serata dunia membuatkan kita semua dalam keadaan huru-hara.

“Semua celaru, semua keliru. Adakah kita akan pulih semula dalam masa lagi 2 bulan? 6 bulan? 2 tahun? Berita palsu di alam maya juga memberi lagi ruang untuk kekeliruan tersebar di kalangan khalayak ramai.

“Ramai yang tidak pasti dengan nasib mereka ketika ini, sama ada dari segi kesihatan mahupun kerjaya. Ini adalah era kekeliruan sejagat, inilah yang cuba saya sampaikan menerusi lagu ini,” cerita Asyraf yang merupakan juara pertandingan pencarian penyanyi rap terhebat, RapStar ERA.

asyraf nasir

Bercerita tentang harapannya pada single terbaru ini, Asyraf berharap pendengar akan mengambil sudut positif mesej yang ingin disampaikan.

“Saya berharap lagu ini mendapat sambutan positif pendengar. Semoga lagu ini dapat membantu menenangkan hati mereka yang sedang gusar dalam menghadapi suasana ketidaktentuan ketika ini.  Anda tidak berseorangan, kita semua pun keliru. Semoga mereka mengambil sudut positif daripada lagu ini,” jelas Asyraf lagi.

Single Keliru boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music atau di pautan https://umd.lnk.to/KELIRU

Tonton muzik video rasmi Keliru


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This