Fendy Caliph Busker terharu dijemput busking di Kompleks Campbell

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

REZEKI tidak salah alamat. Mungkin frasa ini yang tepat digunakan terhadap bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun walaupun diuji dengan episod memilukan dihalau mencari rezeki dengan membuat persembahan busking di Bazar Ramadan baru-baru ini.

Fendy, 34, mengakui bahawa persembahan busking merupakan satu-satunya mata pencariannya untuk menyara keluarganya.

Begitupun, ibarat satu sinar baru buat Fendy apabila beliau telah ditawarkan untuk melakukan persembahan busking di kawasan Kompleks Campbell bermula semalam.

Bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun bersama anaknya, Nur Azalea Zafirah,10, mengadakan persembahan busking di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, bermula semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut Fendy, walaupun telah lama tidak berkunjung ke situ, Kompleks Campbell merupakan satu tempat yang menyimpan 1,001 kenangan buat dirinya.

Malah, beliau berkata, Kompleks Campbell juga ibarat rumah kedua buat dirinya kerana sering kali menghabiskan masa di situ suatu ketika dahulu.

“Saya sejujurnya salah seorang pengumpul cakera padat (CD) kaset, jadi saya selalu masuk ke dalam Kompleks Campbell untuk mencari barang-barang rare.

Bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun bersama anaknya, Nur Azalea Zafirah,10, mengadakan persembahan busking di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, bermula semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya juga dulu pernah busking di sini pada 2015-2016. Selalu lepak buffet di sini, duduk hotel di sini, sambil busking sambil shopping raya. Tiba-tiba dijemput untuk busking di Campbell dan ia terus mengimbas kembali kenangan lama. Seronok rasanya,” katanya kepada UtusanTV.

Sebelum ini, Fendy memuat naik sebuah video di Instagram miliknya meluahkan rasa kesal dilarang melakukan aktiviti busking di bazar Ramadan. 

Fendy turut menunjukkan permit kebenaran busking yang dimohon dengan bayaran RM50 setahun tetapi masih tidak dibenarkan membuat persembahan.

Bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun bersama anaknya, Nur Azalea Zafirah,10, mengadakan persembahan busking di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, bermula semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mengulas lanjut, Fendy berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang kenalannya mengenai tawaran untuk melakukan persembahan busking di Kompleks Campbell.

Menurut Fendy, beliau terus bersetuju apabila dimaklumkan mengenai tawaran tersebut dan bersedia untuk melakukan persembahan bila-bila masa saja yang diperlukan.

“Saya nak ucapakan terima kasih kepada pihak Kompleks Campbell dan Dato’ Sri Shafiz Shaarani yang memberi ruang dan peluang untuk saya melakukan persembahan busking di sini.

Bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun bersama anaknya, Nur Azalea Zafirah,10, mengadakan persembahan busking di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, bermula semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Alhamdulillah, secara tidak langsung saya boleh mencari duit raya sedikit walaupun sebelum ini isu panas yang melanda. Semoga Dato’ Sri Shafiz dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik.

“Saya sangat terharu dan bersyukur dan berterima kasih selepas peristiwa saya tidak diberi kebenaran untuk busking, masih ada lagi insan yang bersimpati untuk berkongsi rezeki antara saya dan anak,” katanya.

Bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun bersama anaknya, Nur Azalea Zafirah,10, mengadakan persembahan busking di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, bermula semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This