Kadang kala waktu mood rajin untuk baking kek, ada sahaja barang yang tidak cukup di pantri kan, terutamanya cream cheese.
Kedai bakeri pula sering sold out dek penangan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Iyalah semakin ramai mula menjadi homebased baker.
Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuba resipi yang dikongsikan Dee Diana Haser. Menurutnya, satu liter penuh susu penuh krim akan menghasilkan satu cawan cream cheese. Selamat mencuba.

Bahan :
1 liter Susu penuh krim
4 sudu besar Lemon @ cuka
1 sudu kecil Garam
Cara:
- Masak susu sehingga mendidih, kemudian kecilkan api.
- Selepas itu masukkan lemon atau cuka. Kacau sehingga tekstur kental seperti susu basi. Matikan api.
- Tapis bahan dengan penapis teh. Buangkan airnya.
- Ambil pepejal susu yang kental tadi dan tambahkan garam. Boleh letakkan lebih jika sukakan masin.
- Kemudian putar dengan mixer atau pengisar sehingga tekstur menjadi berkrim.
Kredit : Dee Diana Haser

