“Nasib baik arwah suami letak saya sebagai penama KWSP, adalah peninggalan arwah untuk saya dan anak-anak.” Biasa dengar kan kata-kata ini?
Duit peninggalan yang difikirkan mampu menampung perbelanjaan keluarga rupanya hanya mimpi di siang hari dek kerana tiada penerangan jelas apakah fungsi penama.
Penama merupakan individu yang dilantik bertindak sebagai wasi atau pentadbir ke atas wang, bukannya pemilik mutlak. Jadi jangan seronok sangat melihat nama di ruangan penama selepas ini, amanah yang sangat berat untuk dipikul.
Menurut perunding kewangan, Harith Faisal, ramai wanita salah anggap akan status penama dan menyangka keseluruhan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menjadi hak mutlaknya dan anak-anak selepas kematian suami. Namun sebenarnya si balu hanya bertindak sebagai wasi dan ia harus dibahagikan mengikut Hukum Syariah.
Sudahlah kematian suami, harta pula harus dibahagikan, lebih malang, keluarga mertua hanya tahu mengambil hak dan hilang tanpa khabar berita.
Wahai para wanita, tolonglah celik ilmu kewangan supaya anda tidak tersadung di kemudian hari. Kenali HIBAH TAKAFUL dan berkawan rapat dengannya mulai saat ini. Tolong kenalkan HIBAH kepada suami sekarang juga supaya nasib anda dan anak-anak terjamin di saat sang ketua sudah dijemput Ilahi.
Jika masih kurang jelas akan maksudh hibah takaful, ia adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengharapkan balasan semasa hidup dalam bentuk pampasan takaful.
Bukan sebagai pengganti suami, namun dapat melegakan tekanan kewangan selepas pemergian mereka.
Ikuti perkongsian Harith Faisal.
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.”
“Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.”
“Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?”
“Terkejut akak tu.
“Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.”
“Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?”
“Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055.“
“Sikit sangat. Macam mana akak nak survive dengan anak-anak still sekolah lagi. Dahlah akak ni surirumah.”
“Bergenang dah air mata akak tu.
“Jangan nangis kak. Nasib baik akak tau awal pasal ni. Memang ramai orang tak tau pun kak. Selalu anggap KWSP dapat semua kat dia kalau suami letak nama dia sebagai penama.”
Untuk faraid ni setiap orang lain-lain tau. Boleh download app iFaraid Calculator. Masukkan detail keluarga kau. Nanti boleh tau % untuk setiap waris faraid kau.
Secara umum, pembahagian dia macam ni,
1) Ayah si mati: 1/6
2) Ibu si mati: 1/6
3) Isteri: 1/8
4) Baki akan dapat kat anak-anak. Anak lelaki dapat dua bahagian dan anak perempuan pula satu bahagian.
5) Kalau tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah si mati. Dan sekiranya ayah si mati tiada, maka adik beradik seibu sebapa si mati turut layak untuk dapat.
5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI
1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM. Baru tau?
2. Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?
3. Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?
4. Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.
5. Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?
Suami kena cerita pasal ni kat isteri masing-masing. Isteri anda bakal laluinya. Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami.
Padahal, kalau si suami sudi allocate RM40 sebulan pun dah boleh dapat buat Hibah Takaful pampasan RM50,000 kepada isteri. Kalau kematian suami sebab kemalangan, isteri akan dapat double, pampasan RM100,000.
Istimewa Hibah Takaful ni,
Pengganti gaji jika kematian suami.
Penerima hibah adalah pemilik mutlak.
Untuk langsaikan hutang.
Tiada kos guaman.
Tidak melalui proses faraid.
Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.
Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM100,000 boleh juga tampung komitmen bulanan RM3,000 tu selama 3 tahun.
Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak.
Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.
Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami “outstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.
Isteri pujuklah suami masing-masing untuk buat Hibah Takaful ni selagi masih sempat.
Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.
Tinggalkan HIBAH sebelum datangnya HIBA.
Tag suami isteri anda. Mereka wajib tahu,” kongsinya di laman Facebook.



Harta pusaka bukan perkara main-main, sehingga kiamat boleh bermusuh dek kerana pembahagian yang dirasakan tidak adil. Kasihan isteri dan anak-anak terpaksa menjerut rasa andai ipar duai lebih sudu daripada kuah.
Sumber : Facebook Harith Faisal