Harga petrol, diesel naik lagi

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel naik lagi untuk tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter.

Diesel pula naik sebanyak tiga sen seliter menjadi RM2.01 seliter.

Dengan pengumuman ini, harga terkini petrol RON95 adalah RM1.84 seliter manakala RON97 menjadi RM2.14 seliter.

Harga baru tersebut adalah berkuatkuasa esok sehingga 8 Januari ini.

Menerusi kenyataan berkenaan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak global serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 untuk minggu ini naik dua sen kepada RM1.80 seliter dan RM2.10 seliter bagi tempoh bermula 26 Disember lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This