Neelofa dan PU Riz maafkan si penyebar fitnah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Neelofa mengambil pendekatan untuk memaafkan individu bernama Syamira Safiya yang menyebarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya dan PU Riz di akaun Twitter.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Neelofa memberitahu wanita itu masih terlalu muda dan masih jauh lagi perjalanan dalam hidup.

“Adik, kamu masih terlalu muda. Baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan.

“Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat.

“Saya maafkan seikhlas hati. Semoga Allah menjagamu,” tulisnya.

NEELOFA maafkan Syamira Safiya dan ia turut dipersetujui oleh PU Riz yang mengulang siar (repost) di Instagram storynya

Entri Neelofa itu turut diulang siar oleh PU Riz di Instagram story yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh bekas pengacara program MeleTOP ini.

Terdahulu Syamira telah membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di laman Twitter pada 26 Disember lalu.

Dia mendakwa Neelofa dan PU Riz sudah bernikah senyap-senyap di Kelantan, melakukan pemindahan wang ke akaun PU Riz dan Neelofa terkena minyak pengasih.

Syamira akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter dan mengaku penyebaran berita palsu itu tidak berniat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu fitnah Neelofa dan PU Riz tampil mohon maaf secara terbuka


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This