Individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Neelofa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter.
Menerusi kenyataan berkenaan, Syamira mengaku telah mengeluarkan kenyataan tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
“Kenyataan tersebut tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka,” katanya.
Menurut wanita itu lagi, dia berasal kesal atas tindakannya itu dan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku.
“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.
“Saya akan mengambil langkah untuk belajar dari peristiwa ini dan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
“Saya akan pastikan ianya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya lagi.

Jelas Syamira lagi, permohonan maaf yang dilakukan ini dibuat atas kerelaan hati sendiri bagi membetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
Terdahulu, Syamira didakwa telah mengeluarkan kenyatan berbaur fitnah menerusi tangkap layar mesej perbualan di aplikasi Whatsapp terhadap Neelofa yang dikatakan terkena minyak pengasih dan sudah bernikah di Kelantan dengan pendakwah bebas PU Riz selain ada membuat pindahan wang yang besar.
Namun, Neelofa telah membuat penafian atas semua fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya minggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz maafkan si penyebar fitnah

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

