Daging: Kerjasama SPRM dipererat audit loji penyembelihan

Dari Penulis

TANJUNG MALIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia mempereratkan lagi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dalam audit yang dilaksanakan terhadap loji penyembelihan di luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, ini pada peringkat sebelum diberi kebenaran mengeksport daging ke negara ini.

Dr Zulikifli Mohamad Al-Bakri. Gambar FB Menteri di JPM (Agama)

“Sekarang sudah ada pegawai SPRM bersama kami di Jabatan Perdana Menteri.

“Insya-Allah, hubungan kita dengan SPRM cukup baik dan mungkin boleh dieratkan lagi mengikut kesesuaian pelaksanaan isu yang berkait dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Zulkifli mengulas gesaan menambah baik prosedur audit loji penyembelihan di luar negara yang menghasilkan daging sejuk beku ke negara ini ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan selain memperkemas undang-undang sedia ada.

Selain itu katanya, pihak berkuasa juga akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

“Ada beberapa tindakan yang akan kita lihat dengan lebih berkesan dan kita sedang membuat satu mekanisme atau persediaan ke arah itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Slim River di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim hari ini.

Sementara itu, menerusi satu hantaran, Dr Zulkifli berkata, kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal, selain melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

Beliau berkata, pindaan itu dibuat bertujuan mengelak berlakunya pertindihan dalam akta berkaitan halal, selain memperkemas undang-undang sedia ada.

Tambahnya, sehingga 31 Disember lalu, JAKIM mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 negara di seluruh dunia, bagi membantu pengguna untuk lebih berhati-hati mengenal pasti logo pada produk import yang dijual di pasaran.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This