Kartel daging: Penguat kuasa MAQIS pula ditahan SPRM

Dari Penulis

JOHOR BAHRU – Selepas penahanan pengarah syarikat mengimport daging dan tiga pekerjanya Isnin lalu, hari ini siasatan ke atas ‘kartel daging’ menyaksikan giliran penguat kuasa pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini apabila dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor ditahan malam tadi kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua pegawai disyaki itu yang berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi, bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi BH Online, mengesahkan tangkapan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Daging import membekalkan 80 peratus daripada keperluan daging negara. / Gambar media sosial

Isnin lalu, seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku, di sini, direman empat hari berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu berusia antara 39 hingga 50 tahun.

Empat direman berkenaan membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kartel daging import yang dipercayai membawa masuk daging yang diragui status halal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This