Ahli Parlimen PKR Setiawangsa tamat zaman duda bersama Farah

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Selepas bergelar duda sejak lebih setahun lalu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pernah dikaitkan dengan seorang pelakon popular tetapi kedua-duanya menafikan gosip tersebut.

Dan semalam, Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), itu sah bergelar suami sekali lagi selepas mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dikenali sebagai Farah sebagai suri hatinya.

Berdasarkan gambar dan hantarannya di Twitter, majlis perkahwinan Nik Nazmi, 38, baru berlangsung semalam.

Dalam catatan ringkas, Nik Nazmi berkata, majlis berlangsung dalam dalam keadaan norma baharu pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Alhamdulillah, syukur dapat bernikah dengan isteri, Farah dalam norma baharu hari ini. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” tulisnya.

Beliau turut menerima ucapan tahniah daripada rakan partinya Rafizi Ramli yang juga bekas Naib Presiden PKR.

Sebelum ini, Nik Nazmi pernah berkahwin dengan Imaan Abdul Rahim, seorang doktor dan mereka bercerai pertengahan 2019 selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This