Semua terlibat Mesyuarat Kabinet Rabu lalu diminta buat saringan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19 dua hari lalu, semua anggota Kabinet diminta menjalani ujian saringan esok.

Ini berikutan kesemua mereka bersama-sama Mustapa menghadiri Mesyuarat Mingguan Kabinet di Putrajaya, Rabu lalu.

Memetik laporan BH Online, selain menteri Kabinet, turut diarahkan menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi BH Online yang menjelaskan semua menteri Kabinet diminta berbuat demikian esok.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian ketika tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur semalam.

Mustapa sebelum ini menghadiri mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan, pula berkata, ahli MPT serta semua yang hadir semasa mesyuarat itu diarahkan untuk mengambil ujian pengesanan COVID-19 serta merta.

Katanya, mereka juga diminta dan mengambil langkah yang perlu berdasarkan prosedur operasi standrd (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This