Darurat, PKP dapat sokongan Persatuan Perubatan Malaysia

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyokong pengisytiharan darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Presidennya, Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, penguatkuasaan PKP di enam negeri, di samping pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di negeri lain, adalah perlu berikutan jangkitan wabak terbabit terus meningkat.

Beliau berkata, penularan COVID-19 turut berlaku dalam komuniti, manakala nilai kebolehjangkitan (RO) tidak menurun daripada kadar kini antara 1.1 hingga 1.2.

“Selain itu, wujud kebimbangan berhubung jangkitan varian baharu B.1.1.7 dari United Kingdom (UK) yang sudah dikesan dalam negara ini.

“Langkah segera perlu diambil bagi menangani isu tenaga kerja dalam sektor kesihatan awam untuk memastikan standard penjagaan terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor BH Online.

Dr Subramaniam berkata, MMA akan memberi sokongan bagi membantu kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) menangani pandemik itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, MMA menyarankan supaya KKM bekerjasama rapat dengan pihak hospital swasta berikutan situasi ketika ini turut memberi kesan terhadap pesakit bukan COVID-19.

“Langkah menyumber luar perkhidmatan kesihatan seperti pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) serta rawatan kanser, akan membolehkan hospital kerajaan memfokus sumbernya untuk menangani COVID-19,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This