Bayi dibuang dari hotel, ibu berusia 19 tahun ditahan

Dari Penulis

KUCHING: Mayat bayi yang dijumpai di belakang bangunan Maybank Jalan Bukit Mata dipercayai dibuang dari hotel berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Ghani berkata, susulan daripada itu seorang remaja berumur 19 tahun ditahan kerana disyaki merupakan ibu kepada bayi tersebut.

Memetik laporan media tenpatan, beliau berkata, suspek ditahan di bilik sebuah hotel berdekatan dengan tempat kejadian.

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan manakala mayat bayi dihantar ke hospital yang sama bagi tindakan selanjutnya,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, bayi tersebut dijumpai oleh orang awam sekitar jam 9.20 malam tadi dan dipercayai dibuang dari hotel berdekatan dengan tempat kejadian.

“Selepas mendapat maklumat tersebut, sepasukan polis membuat siasatan dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This