Interview seorang bapa tunggal yang juga dikenali sebagai 'super daddy', Khairul Abdullah yang kehilangan isteri akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menjaga serta menguruskan tiga anak lelakinya ketika ditemui di rumahnya di Telok Panglima Garang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sebak. Remuk hati mendengar perkongsian Super Daddy, Khairul Abdullah saat-saat terakhir pemergian isteri tercinta.

Tanpa sebarang tanda, malah tanpa bersedia, dia dan tiga orang anak ditinggalkan sekelip mata. Si bongsu baru berusia tujuh bulan ketika itu, masih menyusu badan.

Jatuh air mata lelaki mengenang kembali detik-detik sukar kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya pegang tangannya dan saya cakap, saya minta maaf, saya maafkan dia. Saya minta halalkan semua. Saya halalkan semua. Dan saya ingat saya katakana saya reda. Inilah waktunya. Pergilah. Saya reda. Saya akan jaga anak-anak

“Tidak sampai beberapa saat selepas itu, saya lihat mesin itu mula berbunyi panjang dan garisannya sudah lurus. Saya hanya boleh tengok. Doktor cakap “cik, isteri cik sudah tiada”. Rasa seperti dalam drama,” suaranya bergetar tahan tangis.

Interview seorang bapa tunggal yang juga dikenali sebagai ‘super daddy’, Khairul Abdullah yang kehilangan isteri akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menjaga serta menguruskan tiga anak lelakinya ketika ditemui di rumahnya di Telok Panglima Garang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tidak mampu dibayangkan betapa hancurnya hati melihat insan tersayang pergi tak kembali. Anak-anak pula masih kecil tidak mengerti. Macam mana kalau mereka mahukan ibu pada tengah malam?

Semalam dia masih ada, tiada sebarang tanda sakit tenat, namun hari ini terlantar di katil ICU dan hanya menunggu masa dijemput Ilahi.

Interview seorang bapa tunggal yang juga dikenali sebagai ‘super daddy’, Khairul Abdullah yang kehilangan isteri akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menjaga serta menguruskan tiga anak lelakinya ketika ditemui di rumahnya di Telok Panglima Garang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sebagai wartawan, saya tidak mampu menahan air mata daripada mengalir apabila membayangkan anak-anak yang masih kecil menjadi yatim sekelip mata.

Malah kehilangan pasangan hidup…tidak mampu saya bayangkan. Setiap hari ada sahaja cerita yang akan dikongsi bersama, perihal anak, kerja, masak, perihal salah order makanan pun akan jadi isu untuk dibualkan. Andai dia pergi, nak cerita pada siapa?

Seperti dikatakan bapa tunggal ini, seolah-olah menunggu isteri pulang daripada outstation, tapi tetap tak muncul-muncul di depan pintu.

Sesungguhnya setiap saat bersama keluarga amat berharga kerana tiada ‘reminder’ bila malaikat maut akan menyapa.

Artikel berkaitan: [VIDEO] “Doktor cakap… isteri encik dah tak ada dah” – Episod 1 Dari Hati