UMNO tangguh perhimpunan, pemilihan ketika Zahid didesak ‘berehat’

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Ketika desakan supaya Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada menjalankan tugas Presiden, parti itu hari ini mengumumkan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘’Adalah diingatkan agar ahli-agli UMNO sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan Ahmad Zahid bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semula peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh sesuai tahun ini.

‘’ Semua ahli UMNO adalah diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat, pada ketika ini begitu mencabar,’’ katanya.

Sementara penangguhan perhimpunan agung mungkin tidak menjadi isu, namun langkah kepemimpinan UMNO menyatakan ‘tarikh sesuai pada 2021’ bagi pemilihan sudah pasti akan menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpin dan ahli parti tersebut.

Ia memandangkan terdapat desakan di peringkat akar umbi supaya pemilihan diadakan segera memandangkan UMNO dikatakan memerlukan barisan kepemimpinan lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Persoalannya, berdasarkan kenyataan media Ahmad Maslan, adakah pemilihan parti akan diadakan selepas PRU-15 atas alasan menjaga keharmonian? Atau adakah ia dijalankan sebaik sahaja Covid-19 reda seperti mana UMNO meminta PRU dilaksanakan?


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This