PM umum pakej bantuan khas jam 4 petang ini

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Insya-Allah, seperti mana yang diharapkan ramai rakyat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat pengumuman pakej bantuan khas jam 4 petang ini.

Pengumuman Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi media sosial Muhyiddin dan stesen televisyen utama negara.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Muhyiddin sebentar tadi.

Langkah sekatan pergerakan diperkenalkan kembali Rabu lalu termasuk PKP susulan peningkatan kembali kes baharu COVID-19.

Berikutan itu, mereka yang terjejas khususnya peniaga dan mereka yang bekerja sendiri seperti pemandu e-hailing dan teksi menyuarakan keluh-kesah mengharapkan insiatif kewangan dari kerajaan seperti mana PKP kali pertama diperkenalkan Mac lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This