Bapa meninggal akibat Covid-19, YBR beri sumbangan kepada Mohamad Nor Atho’ullah

Dari Penulis

KAUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil memberikan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada Mohamad Nor Atho’ullah, 11, setelah tersentuh dengan nasib kanak-kanak itu yang sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila rakaman video memaparkan dia menangis selepas kehilangan bapanya akibat COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Serdang tular,

Wang sumbangan ini diserahkan Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mewakili Menteri Kesihatan.

YBR diberitahu, bapa Mohamad Nor Atho’ullah, Mohamad Kamil Ghazali, 51, yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat dimasukkan ke Hospital Serdang pada 31 Disember 2020.

“Doktor memaklumkan keadaan jantung bapa Mohamad Nor Atho’ullah yang berhenti seketika selepas melakukan rawatan dialisis malah beberapa hari sebelum meningggal dunia, bapa Mohamad Nor Atho’ullah diberi ubat tidur tetapi ia tidak dapat menyelamatkannya.

Dr Adham Baba menyampaikan sumbangan kepada Mohamad Nor Atho’ullah dan adik-beradiknya yang lain di PKRC MAEPS Serdang baru-baru ini. / Gambar FB KKM

“YBR mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad Nor Atho’ullah. Semoga keluarga adik Mohamad Nor Atho’ullah tabah.

“Turut hadir semasa sesi penyerahan sumbangan iaitu Pengurus Jabatan Perhubungan Komuniti & Penjenamaan Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini tular video Mohamad Nor Atho’ullah, 11, yang kelihatan ditenangkan pesakit COVID-19 lain yang ditempatkan di PKRC selepas ayahnya, Mohamad Kamil Ghazali, 51 meninggal dunia akibat COVID-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This