3,306 kes baru, kes aktif COVID-19 makin hampiri angka 40,000

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Turun tapi masih lebih 3,000 kes dengan 3,306 penularan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 161,740.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika ini pula adalah 38,791 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import dengan satu pertiga daripada penularan tempatan pula terdiri daripada bukan rakyat Malaysia.

“Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,466 kes.

“Ini diikuti oleh Johor dengan 719 kes, Sabah (449), Kuala Lumpur (347), Negeri Sembilan (214 kes).

“Turut melaporkan kes yang tinggi Kedah dengan 195 kes dan Kelantan, 141 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 226 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 94 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 605 (0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 2,293 kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This