Single We Care suntik semangat mengekang penularan Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Demi membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia telah berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu istimewa.

Menerusi projek Allianz We Care Community, sebuah single khas yang diberi judul We Care telah pun dilancarkan pada pertengahan bulan ini. Malah, larian maya dan konsert siaran langsungnya juga bakal diadakan pada April hadapan.

Kolaboratif ini juga merupakan satu initiatif yang memberikan perlindungan Covid-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.

JANNINE Weigel dan Nicole Lai antara yang turut sama menyumbangkan suara dalam lagu We Care

Lagu We Care dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa terkenal Malaysia iaitu Alvin Chong, kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia Nicole Lai.

Sementelah Lai turut menyumbangkan sentuhan kreatifnya dengan menulis lirik Mandarin dalam projek pertama bersama Universal Music Malaysia ini. Malah, We Care juga merupakan lagu pertama bagi kesemua anggota Dolla untuk menyerlahkan bakat rap mereka.

“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam masa yang tidak menentu ini, menerusi suara mereka dalam sebuah lagu khas yang dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B.

“Dengarkan single terbaru ini di platform penstriman digital (DSP) pilihan anda,” kata Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim.

Lagu We Care diinspirasikan oleh situasi pandemik 2020 yang telah mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia. Sokongan sesama masyarakat adalah sangat penting pada masa ini. Oleh itu, lagu ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat pendengar untuk terus cekal dan tabah.

Menterjemahkan mesej positif menerusi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga berharap lagu tersebut kan menginspirasikan orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, We Care sudah dilancarkan di platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari lalu.

ALVIN Chong turut dilamar untuk bersama-sama menyampaikan mesej positif dalam lagu We Care

Untuk merancakkan lagi video muzik rasminya yang akan ditayangkan pada Februari ini, pihak Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia akan memberikan peluang kepada dua orang pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini.

Kongsi kisah COVID-19 anda di http://umusic.digital/sharethecare/ dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This