Resipi bihun goreng tomyam. Pasti pikat selera

0
609

BAHAN
1 paket bihun – rendam sehingga lembut
200 gm udang – buang kulit
200 gm sotong putih – buang kulit dan potong memanjang
5 ulas bawang merah – tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 sudu besar cili kering – kisar
200 gm kubis – hiris halus
1 batang lobak merah – hiris halus
2 biji buah tomato – potong kecil
3 tangkai daun sup – hiris halus
3 tangkai daun bawang – hiris halus
1 helai daun limau purut
1 batang serai – titik
1 kiub tomyam
Minyak masak
Garam dan gula secukup

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar, serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
2.Masukkan udang dan sotong. Gaul rata dan bubuh kiub tomyam, sedikit garam dan gula.
3.Kemudian masukkan bihun bersama kubis, lobak merah, tomato dan goreng bihun sehingga sempurna.
4.Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.

Resipi : Nazura Zainal Abidin