Resipi salad lempeng sos cili home made…ringkas dan berkhasiat

0
509

BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit salad
Sedikit lobak merah – parut
Sedikit timun – parut

BAHAN SOS
8 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
1 cawan air stok ayam
1 biji lemon – ambil jus
3 sudu besar gula
Garam

CARA
1.Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati.
2.Masukkan telur dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan hingga sebati dan tapis adunan
3.Panaskan minyak, sendukkan sedikit adunan dan lenserkan bulat nipis di atas kuali.
4.Biarkan bahagian bawah lempeng masak dan kemudian terbalikkan. Apabila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dan ketepikan. Ulang sehingga adunan habis.
5.Susun salad, timun dan lobak merah di atas lempeng. Gulung kemas dan potong serong salad lempeng
6.SOS : Kisar cili merah, bawang putih bersama stok ayam. Tuangkan ke dalam periuk.
7.Masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih dan kacau sebati.
8.Masukkan perahan jus lemon. Kacau dan tutup api. Hidangkan sos bersama salad lempeng.

Resepi : Fazli Irli Amin Zulkifli