COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia – PM

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas, terbukti telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak pandemik itu bermula, keadaan telah mengalami perubahan secara drastik pada setiap hari dan ada masanya berlaku setiap jam.

Muhyiddin Yassin

Justeru, menyedari kepentingan itu, kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai antara bidang pertumbuhan ekonomi utama bagi mencapai komitmen memajukan Malaysia sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan mampan selain memastikan pengagihan secara adil dan saksama dalam kalangan penduduk, etnik dan wilayah.

“Kita akan terus memacu janji kemakmuran bersama untuk semua dengan menumpukan usaha memperkasa rakyat menerusi kemahiran digital, pengupayaan perniagaan yang dijana secara digital serta melonjakkan pelaburan digital,” katanya seperti dilapor Bernama.com.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat lain berkaitan secara telesidang di sini, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga percaya bahawa pandemik COVID-19 itu telah memberi lonjakan di luar jangka bagi membolehkan kalangan negara-negara anggota ASEAN mempercepatkan usaha digital masing-masing.

Malah, beliau berkata, tidak dinafikan lagi bahawa ASEAN telah mencatat perkembangan dalam persekitaran digital walaupun tahapnya mungkin berbeza bagi setiap kawasan atau negara anggotanya.

“Sebagaimana anda semua sedia maklum, Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025 (AEC 2025) telah memperakui kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu utama dalam transformasi ekonomi dan sosial ASEAN.

“Ia juga jelas menyatakan bahawa AEC 2025 bermatlamat untuk melonjakkan ASEAN ke arah ekonomi berkeupayaan digital yang terjamin, mampan serta mampu mentransformasi serta seterusnya dapat memanfaatkan lagi ICT bagi mewujudkan ASEAN yang inovatif, inklusif dan saling berintegrasi,” kata beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This