Darurat kukuhkan tindakan tangani COVID-19 – Veteran ATM

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Proklamasi Darurat mampu memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani ancaman penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan menjelaskan, perintah yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan perlu bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan serta mengambil pendekatan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Pendekatan dilaksanakan ini akan menjamin kestabilan negara dan membolehkan kerajaan kekal fokus kepada usaha memulihkan ekonomi serta memastikan kehidupan rakyat yang makmur dan sejahtera,” menurut kenyataan itu seperti dilapor BH Online.

Katanya, peranan dan tugas JHEV berjalan seperti biasa termasuk penyaluran bantuan kebajikan, pengurusan faedah persaraan dan perubatan serta segala bentuk urusan berkaitan hal ehwal veteran ATM dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) PKP.

“JHEV ATM memberi jaminan jabatan ini akan terus memberikan komitmen dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada veteran ATM tidak terjejas serta berteraskan undang-undang dan dasar kerajaan yang diputuskan dari semasa ke semasa.

“JHEV ATM juga percaya warga veteran ATM akan terus menjunjung taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan memahami keperluan pengisytiharan darurat dengan menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rakyat Malaysia dinasihat elak kawasan demonstrasi di pusat bandar Jakarta

RAKYAT Malaysia yang berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk urusan perniagaan atau pelancongan dinasihatkan supaya menghindari lokasi demonstrasi di beberapa...

More Articles Like This