Tunggulah pemilihan, warlord bahagian pun kena berubah

Dari Penulis

ANALISIS

“KECAM orang lain, sendiri tak nak ubah.” Itu lirik lagu Zizi Kirana. Ditambah lenggok lentik penyanyinya, penyampaian Zizi memang tajam.

Tapi dalam politik pun boleh pakai kata-kata tersebut. Ini terutama menyentuh politik UMNO.

Bukan apa, mengata orang lain ramai yang pandai. Macam yang berlaku hari ini juga.

Sebagai sebuah parti yang jauh lebih demokrasi berbanding DAP, tak salah UMNO menegur sesama sendiri, mahu pun mendesak apatah lagi dalam keadaan sebelah kaki kerajaan sebelah kaki ‘pembangkang’.

Cuma kalau suluh depan cermin, tak ubah sama-sama jenis ketam, tak tahu nak jalan lurus.

Kalaulah mereka ini tahu macam mana nak jalan lurus seperti mereka suruh orang lain, imej UMNO sangatlah indah di mata rakyat sejak dahulu, kini dan selamanya.

Misalnya, tidaklah berpuluh tahun orang yang sama saja menguasai bahagian berkenaan. Pi mai pi mai, muka sama. Bukan satu bahagian, banyak tempat masalah sama.

Tun Dr Mahathir Mohamad selalu menegur ‘senario’ di bahagian-bahagian parti lamanya tapi itulah, realitinya mana ada ketam mampu jalan lurus. Sama saja beliau pun.

Justeru, kalau nak mendesak Presiden UMNO berundur sekalipun eloklah dibuat secara dalaman, bawa kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk mereka putuskan.

Sudah tradisi UMNO mengelak percakaran terbuka. Elok juga bergitu. Kenyataan terbuka hanya mengundang lagi perpecahan.

Seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini, “ramai yang seronok jika kita berpecah”.

Sehubungan itu, hayati pesanan akhir Tok Mat iaitu tiba masanya pemilihan, buatlah keputusan. Pilihlah pemimpin yang kena dengan selera.

Bulan Jun, tak lama dah. Sekarang ini elok jangan keruhkan keadaan UMNO yang sudah keruh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This