Pukul isteri sebab WhatsApp lelaki lain, suami didenda RM1,000

Dari Penulis

PETALING JAYA – Tindakan seorang penjual ikan memukul isterinya selepas melihat perbualan wanita itu dengan lelaki lain menerusi aplikasi WhatsApp mengundang padah, apabila dia didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M. Barath menjatuhkan hukuman itu ke atas V. Loganathan, 40, atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya, G. Anita Davi, 36, di rumah mereka di Damansara Damai, di sini pada 2 petang, 18 Jan lepas.

Menurut laporan Bernama.com, Loganathan dituduh mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah memarahi dan memukul isterinya pada bahagian belakang, kepala serta tangan kanan, selepas ternampak perbualan WhatsApp antara wanita itu dengan lelaki lain.

Ekoran kejadian berkenaan, pengadu telah keluar dari rumah dan membuat laporan polis.

Ketika rayuan, Loganathan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia perlu menyara tiga anak berusia 14, 12 dan enam tahun, serta isterinya yang tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This