“Terlalu banyak orang tidak menggunakan otak, hati, dan naluri.” Satu status FB boleh jadi perbalahan, wanita ini luah rasa.

0
405

Laman sosial kini menjadi medan perang. Setiap peluru ‘kata-kata’ cukup menusuk jiwa sehingga ramai yang tewas walau tak berdarah.

Menurut perkongsian tular Husna Adnan, jika sebelum ini kita disarankan menjaga mulut agar tiada hati yang terluka, namun zaman ini lebih mencabar kerana semuanya dihujung jari. Setiap kata-kata yang dianggap sensitif kini diluahkan secara terbuka kerana semua bersembunyi di sebalik avatar.

Luahnya, waima apa sahaja perkongsian yang ditulis di laman sosial, raikan perbezaan dan gunakan akal budi dalam berbicara.

Gambar Ihsan : Facebook Nas Nim berkongsi menu makanan yang dimasak dan difrozenkan.

“Seorang suami kongsi gambar lauk-pauk yang dimasak oleh isterinya sebelum dibekukan dengan ayat, “Mudah. Nak makan, panaskan saja.”

“Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini.

“Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar.

“Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk.

“Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat.

“Okey. Fuh.

“Pertama, kita semua ada citarasa dan kemampuan masing-masing. Golongan yang tidak suka ulang lauk sama setiap kali tiba waktu makan adalah citarasa. Tak salah pun, itu hanya pilihan yang mencabar keluarga dan diri anda sendiri.

“Tak suka ulang, masak baru. Boleh sangat. Sebab yang masak dan kena cari menu baru itu adalah anda, suami / isteri anda, atau mak anda atau sesiapa sahaja yang hidup dengan anda.

“Masak banyak-banyak, bekukan lauk, boleh makan menu berulang, juga adalah citarasa. Dan yang lebih penting, mereka mampu menelan apa sahaja rezeki yang ada.

“Jika saya netizen yang guna akaun palsu:

“Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini.

“Saya: Ada sesiapa tanya pasal suami puan ke?

“Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar.

“Saya: Mujur suami yang kongsi gambar ini tidak mengada-mengada seperti puan.

“Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk.

“Saya: Penting ke untuk kami tahu info ini?

“Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat.

“Saya: Kau sekolah tak? SRP lulus tak?

“TETAPI TIDAK, YA. Inilah yang kita panggil tahan mulut. Zaman medsos ini kita panggil tahan jari.

“Menulis komen menyakitkan hati atau lebih dikenali sebagai bitter, amat mudah. Tidak perlu fikir perasaan orang yang membaca. Hanya fokus kepada diri sendiri dan apa yang kita suka semata-mata. Kitalah terpaling penting.

“Namun tidak semua orang menuliskannya kerana mahu menjaga silaturrahim, meraikan perbezaan, mengelak dosa menyakiti sesama insan, dan mungkin juga sejenis hati yang baik hati Cinderella tentu disayang eeemak. Ola oli~

“Dengan itu, kita ada pilihan. Sekiranya terbaca post yang membabitkan citarasa, raikan kesukaan mereka. Jika tidak sama dengan kebiasaan kita atau tidak suka, diam saja. Scroll away. Jika nak ulas, ulas di wall sendiri. Jika nak dabik dada, dabik di wall sendiri atau post sendiri. Tunjuk semua masakan panas yang awak buat untuk keluarga awak sebab awak terpaling handal. Tidak perlu kondem hal orang.

“Inilah yang saya benci perihal manusia yang hebat memasak. Sebahagiannya rasa diri superior. Rasa diri sempurna dan terpaling ratu hingga perlu dijulang ke langit ketujuh.

“Berbeza cara masak, kondem. Berbeza resipi, kondem. Berbeza bentuk dan warna, kondem. Sedangkan dah cukup baik orang itu memasak. Lainlah dia minta komen. Maka komenlah yang membina, yang membantu dia masak lebih baik.

“Ini semudah letak gambar, terus dihakimi. Para wanita pula hakimnya. Tahukah kita?Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bukan mudah menjadi seorang isteri. Bukan mudah menjadi seorang ibu. Apatah lagi memikul segala tanggungjawab sambil menjana ekonomi, menggapai cita-cita, membantu suami dan keluarga supaya tidak meminta-minta.

“Kerana perempuan, belajar tinggi mana pun disinonimkan dengan dapur sedangkan lelaki juga ke dapur. Kucing juga ke dapur. Bayangkan pula sambil perlu menjaga ahli keluarga yang sakit. Sukar, tuan puan.

“Cara hidup kita berbeza. Kekangan berbeza. Kemampuan berbeza. Fokus hidup berbeza. Maka raikan perbezaan. Kamu pandai masak, bagus. Kamu pandai urus keluarga, bagus. Kamu pandai serba-serbi, bagus. Yang tak bagus apabila rasa diri sempurna hingga layak mengata citarasa dan pilihan orang.

“Lihat. Inilah sebab saya jarang membaca media sosial. Terlalu banyak orang tidak menggunakan otak, hati, dan naluri sebagai manusia. Tertulis panjang pagi ini. Kbai.#HusnaAdnan, Tahu masak tapi jarang ambil gambar dan video kenangan bersama lauk atas pilihan peribadi.”

Apapun, apa sahaja yang keluar daripada mulut atau tertulis dengan tangan, menjadi tanggungjawab sendiri yang akan disoal di sana kelak. Hakikatnya kita dihidupkan daripada akal yang sempurna dan akhlak diukur menerusi cara berinteraksi dengan Allah dan sesama manusia.

Jagalah mulut dan lisan. Jangan kerana mulut, kita ke neraka.

Sumber : Facebook Husna Adnan & Nas Nim