COVID-19: KWSP Jalan Raja Laut ditutup

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memberitahu, penutupan itu ia adalah selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

“Operasi akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” kata kenyataan itu seperti dilapor portal Astro Awani.

Kenyataan itu turut memaklumkan yang kakitangan itu sedang menjalani rawatan dan pada masa yang sama KKM sedang melakukan pengesanan kontak.

Ekoran itu katanya, semua kakitangan KWSP cawangan itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 dan sekiranya positif akan dikuarantinkan selama 10 hari.

Sehubungan itu, kenyataan itu menasihati pencarum supaya melaksanakan transaksi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.

Dalam pada itu, pejabat KWSP Sibu akan dibuka semula mulai esok selepas ditutup sejak 13 Januari lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This