717 ingkar SOP PKP pada hari genapnya setahun COVID-19

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Setiap hari sejak hampir setahun lalu, rakyat Malaysia diingatkan mengenai perlunya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung jangkitan COVID-19 yang dikuatkuasakan menerusi Akta 342.

Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal jika berada di tempat awam antara ‘nasihat’ wajib dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun, malangnya pada hari yang merupakan genap setahun kes pertama COVID-19 dilaporkan di negara ini, seramai 717 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Menurut Ismail Sabri, daripada jumlah itu, 642 individu dikompaun, 74 direman manakala satu lagi dijamin.

Jelasnya, sebanyak 117 tindakan kerana tidak memakai pelitup muka manakala 235 lagi berkaitan tiada penjarakan fizikal.

“Kesalahan lain, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (68), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (96) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (73) dan lain-lain (128),” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Menurut beliau, KKM hari ini telah melaporkan berkenaan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan.

“Sehingga 23 Januari 2021, sebanyak 43 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan tiga (3) kakitangan penjara.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

“SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Semalam Penjara Bentong dan kuarters kakitangan turut diletakkan di bawah PKPD.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This