3,048 kes baru, buat hari ketiga kes sembuh atasi kes baru

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kes baru COVID-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,048 penularan dilaporkan di seluruh negara.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini juga menyaksikan kes sembuh yang direkodkan berjumlah 3,638 kes.

Ini merupakan tiga hari berturut-turut kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu, kata KKM.

Walau bagaimanapun, Selangor yang berada di bawah PKP sejak 13 hari lalu masih melaporkan penularan tertinggi dengan 1,035 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini diikuti Johor dengan 529 kes serta Sabah sebanyak 348 kes.

FB KKM

“Sehingga kini seramai 261 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 101 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 11 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 689 kes.

Tiga kes kematian adalah di Sabah, Selangor (2), Sarawak (2) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Pahang, Perak serta Kuala Lumpur.

Beliau turut berkata, sebanyak 13 kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan hari ini.

Ia melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster membabitkan kumpulan berisiko.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This