Sah! Shuk Sahar digantung tugas sebagai penyampai radio Hot FM

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio di stesen Hot FM digantung sementara waktu bermula hari ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan khidmat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta-merta.

Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio berkenaan adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman tentang isu yang sedang tular di media sosial.

Perkembangan terkini penggantungan tugas Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk kembali ‘panas’ diperkatakan selepas isterinya mendedahkan kecurangannya di laman sosial Instagram.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram isterinya yang dikenali sebagai Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia mendakwa Shuk masih menjalinkan hubungan sulit dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sekitar Julai tahun lalu.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratul Ain,4, dan NurAssyifatu Aimi yang kini berumur setahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This