Video wanita sarat mengandung jatuh ketika menunggang kuda tular, ini penjelasannya yang sebenar!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial seorang wanita yang sedang sarat hamil terjatuh daripada seekor kuda yang ditunggang.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter, wanita terbabit yang dikenali sebagai Nor Azila Mohamed Azmi sedang menunggang kuda namun secara tiba-tiba tergelincir.

Sebilangan pengguna laman sosial meluahkan rasa kebimbangan terhadap keselamatan Nor Azila dan juga bayi yang di dalam kandungannya itu.

Namun, ada juga yang melemparkan kecaman terhadapnya kerana mendakwa dia sengaja mengambil risiko sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya.

Enggan perkara tersebut berlarutan, Nor Azila yang juga pengasas produk Secret Correa tampil memberikan penjelasan mengenai tindakan yang dilakukannya.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi apabila video saya terjatuh dari kuda itu sebenarnya tergelincir. Saya menerima banyak panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang mengambil berat tentang keadaan saya.

“Iyalah, saya faham mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah, saya okey sahaja, tiada yang serius, syukur kepada Allah. Masa dapat tahu video saya tular dan pertama kali kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari fasal, cari penyakit dan pelbagai lagilah.

“Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Bagi yang beri kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat, alhamdulillah terima kasih,’ katanya.

Sementara itu, Nor Azila turut mendedahkan sukan berkuda sebenarnya sudah sebati dalam dirinya dan wanita hamil juga boleh menunggang kuda dengan kawalan yang rapi.

ANTARA komen-komen netizen terhadap video Nor Azila yang tular

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi cuma perlu berhati-hati. Macam dalam video tu saya terlebih pergerakkan dan berlaku kesilapan teknikal hingga tergelincir.

“Saya seorang penunggang kuda dan memiliki seekor kuda bernama White Rose. Rose ibarat anak saya dan sudah berbulan-bulan tidak datang menjenguknya.

“Menunggang kuda masa mengandung bagus sebab bantu perbetulkan posisi badan ibu hamil selain memudahkan proses bersalin juga. Kuda hanya suka pada orang yang tenang. Lagipun tunggang kuda sebahagian daripada amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan,” tuturnya lagi.

WARGANET mempersoalkan tindakan Nor Azila menunggang kuda

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This