Lepas daging beku, ayam beku diragui halal pula cuba dibawa masuk

Dari Penulis

KUBANG PASU – Selepas daging beku import diragui status sembelihan, terbaru ayam beku juga cuba dibawa masuk pihak tidak bertanggungjawab.

Jika tidak kerana kecekapan pihak berkuasa, lebih 61,000 kilogram (kg) ayam beku dari pusat penyembelihan tidak diiktiraf dan meragukan mungkin masuk pasaran Malaysia.

Mangsanya jika produk berkenaan lolos, sudah tentu pengguna Islam yang selama ini amat menitikberatkan soal halal.

Alhamdulillah kali ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Dalam kejadian petang kelmarin, ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram (kg) bernilai RM495,608 dari Thailand dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, daging ayam sejuk beku itu dibawa masuk itu tanpa mematuhi syarat import iaitu dipercayai datangnya dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Lebih 60 tan ayam beku yang berjaya dirampas MAQIS di Bukit Kayu Hitam berikutan datang dari pusat sembelihan meragukan.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikro-organisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This