Saima catat sejarah wanita muslim pertama jadi Peguam Negara AS

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Saiman Mohsin akan mencatatkan sejarah sebagai wanita muslim pertama dilantik sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada 2 Februari ini.

Astro Awani yang memetik laporan akhbar terbesar Michingan, The Detroit Free Press, Saima yang berketurunan Amerika-Pakistan akan menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan,

Mengikut Perlembagaan AS, Peguam Negara juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka, dan turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan Kerajaan Amerika Syarikat.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat.

Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya pada Khamis, turut memberitahu media bahawa Saima, yang ketika ini penolong pertama Peguam AS untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.

Lahir di Pakistan, Saima telah menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad, dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam posisi yang cukup penting, iaiatu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur negeri ini,” menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat AS sebelum boleh menjawat jawatan itu secara kekal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This