BAHAN
200 gm tepung kanji
500 gm ubi kayu – parut
100 gm gula merah
800 gm gula
300 ml santan pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit marjerin

CARA
1.Bancuh gula merah dengan sedikit air dan tapis.
2.Satukan tepung kanji, ubi kayu, santan, gula dan garam secukupnya. Masukkan bancuhan gula merah. Sebatikan.
3.Sapukan sedikit marjerin pada loyang dan tuangkan adunan.
4.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.
5.Setelah masak, biarkan ia seketika. Apabila sudah sejuk, barulah dipotong.