BAHAN
500 gm tepung gandum
250 gm sagu biji – rendam hingga kembang dan tuskan
300 gm gula
400 ml santan pekat
400 ml air
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning, hijau, ungu

BAHAN TAMBAHAN
Daun pisang
Lidi penyemat
Periuk pengukus

CARA

1. Bentukkan daun pisang seperti kon dan sematkan lidi di tepinya. Potong lebihan daun di bahagian atasnya supaya nampak kemas.
2. Satukan gula, tepung gandum, santan, air, garam dan sagu biji. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan ke dalam empat bekas dan tambahkan setiap satu jenis warna dalam setiap bekas. Gaul sebati supaya warna sekata.
4. Susun daun pisang bentuk kon di dalam periuk pengukus. Kemudian tuangkan adunan ke dalam daun pisang tetapi jangan sampai penuh. Kukus hingga masak.
Foto & Resepi: Salami Simon