COVID-19: Untung Facebook bertambah-tambah besar

Dari Penulis

SAN FRANCISCO – Setiap kesulitan akan datang bersama peluang. Tak terkecuali pandemik COVID-19 walaupun bagi kebanyakan orang adalah satu musibah besar.

Misalnya pemilik Facebook. Tanpa virus itu pun keuntungan mereka memang sudah mencecah berbilion dolar Amerika Syarikat (AS).

Namun, kerana pandemik berkenaan membuatkan umat manusia semakin bergantung kepada online, maka Facebook sebagai rangkaian sosial terbesar berjaya membuat lebih banyak wang.

Memetik laporan AFP, keuntungan Facebook meningkat pada tiga bulan terakhir tahun lalu apabila pengguna yang terkesan akibat COVID-19 beralih ke rangkaian sosial terkemuka itu untuk ‘bekerja sambil bersenang-senang’ sepanjang tempoh itu.

Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata Facebook mencatatkan keuntungan AS$11.2 bilion dengan meraih pendapatan AS$28 bilion, meningkat 53 peratus dan 33 peratus jika dibandingkan tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kami mengakhiri tahun ini (2020) dengan kukuh kerana pengguna dan perniagaan terus menggunakan perkhidmatan kami pada waktu mencabar ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Pemilik Mydin bidas urus niaga secara e-dagang

Facebook mendakwa rangkaian sosial utamanya mempunyai kira-kira 2.8 bilion pengguna sehingga akhir Disember lalu sementara 3.3 bilion orang menggunakan sekurang-kurangnya salah satu aplikasinya termasuk Instagram, WhatsApp dan Messenger.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tekun Nasional salur RM52 juta kepada 2,400 usahawan di Johor

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM52 juta kepada 2,400 usahawan di Johor bagi...

More Articles Like This