“Bila dengar Umi meraung, Allahuakbar.” – Kisah Amir maut didera, wanita ini kongsi perbualan telefon ibu angkat.

0
444

Tular seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan.

Menerusi perkongsian Aen Bahar di laman Facebook, dia dan keluarga bertanggungjawab menyampaikan berita duka itu kepada keluarga angkat kanak-kanak tersebut menerusi panggilan telefon.

Bagaimanapun reaksi yang diterima cukup menyayat hati. Ibu angkat kepada kanak malang Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera itu meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kematian anak angkatnya itu yang dibela sejak usia dua bulan lagi.

“Malam tadi dapat berita yang Adik Amir da xde, gigih scroll cari no phone keluarga angkat.. Mereka berhak utk tahu awal.. Bila dengar Ummi meraung, Allahuakbar..Salam Takziah dari kami utk Tuhfah Nazihah Tarmidi sekeluarga.. Moga dipermudah segala urusan menuntut jenazah utk dikebumikan di Rawang tempat adik Amir dibesarkan.”

Ikuti perbualannya di SINI.

Memetik laporan media, Norlida Abu Hassan menyatakan kekesalan kerana anak angkat meninggal dunia akibat kekejaman manusia.

“Menerima berita kematiannya tidak tahu nak cakaplah. Seorang anak yang saya bela sejak umur dia lepas pantang lebih kurang dua bulan sehingga bulan 10 hari tu.

“Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya.

”Bukan tak boleh terima (Kematian) tetapi sedih seandainya kematiannya disebabkan kekejaman manusia,” katanya seperti yang dipetik.

Malah dia dan ahli keluarga yang lain bergegas ke Melaka sebaik mengetahui berita pemergian Amir.

“Selepas dapat tahu, kami terus ke balai polis berhampiran meminta kebenaran untuk merentas negeri.” Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan sehingga kami selamat tiba di sini (Melaka).

“Saya cuba terima pemergiannya cuma berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar dia dibunuh,” katanya menerusi Metro.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber : Aen Bahar dan Metro