Penyelidik temui cebisan kain ungu dari zaman Nabi Daud, Nabi Sulaiman

Dari Penulis

BAITULMAQDIS – Penyelidik Israel menyatakan mereka telah menemui cebisan kain yang diwarnai dengan pewarna ungu yang berasal dari era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman di selatan negara itu.

“Para penyelidik terkejut ketika menemui sisa-sisa kain tenunan, rumbai dan serat benang yang diwarnakan dengan warna diraja ungu,” kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Universiti Tel Aviv dan Universiti Bar Ilan.

Penemuan itu berlaku ketika mereka memeriksa tekstil berwarna dari Lembah Timna, sebuah daerah pengeluaran tembaga kuno, menurut ahli arkeologi itu dalam satu kenyataan bersama minggu ini.

“Tarikh radiokarbon langsung mengesahkan bahawa penemuan itu berasal dari sekitar 1000 sebelum masihi (SM,) sesuai dengan kerajaan kewujudan kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman di Bailtulmaqdis,” kata mereka.

Mereka berkata, itu juga adalah kali pertama tekstil Zaman Besi berwarna ungu ditemui di Israel atau kawasan Levant.

Warna itu dikaitkan dengan kerabat diraja, bangsawan dan paderi dan pewarna itu “sering berharga lebih mahal daripada emas”, kata Kurator Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Naama Sukenik.

“Sehingga penemuan baru-baru ini, kami hanya menemui sisa kulit moluska dan serpihan tembikar dengan tompok pewarna, yang membuktikan kewujudan industri tekstil dan penghasilan warna ungu pada Zaman Besi,” katanya.

“Buat kali pertamanya, kami mempunyai bukti langsung kain yang dicelup itu sendiri, kekal selama kira-kira 3,000 tahun.

“Juga dipanggil sebagai warna ungu Tyria, bersempena sebuah kota di selatan Lubnan yang terkenal dengan penghasilannya, pigmen ini masih tinggi nilainya hingga ke hari ini.

“Pewarna ini yang dihasilkan dari spesies moluska yang terdapat di Mediterranean, lebih dari 300 kilometer dari Timna, sering disebut dalam kitab Injil dan muncul dalam pelbagai konteks Yahudi dan Kristian,” menurut kenyataan itu.

Erez Ben-Yosef dari Jabatan Arkeologi Universiti Tel Aviv berkata penemuan itu akan ‘merevolusikan konsep pemahaman kita terhadap masyarakat nomad pada Zaman Besi’. – AFP


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This