Lapan polis dari balai sama terlibat pesta dadah, ketua positif syabu

Dari Penulis

Masalah dadah bukan baru, sejak berdekad lamanya ia menjadi musuh no. 1 negara. Malah dari semasa ke semasa turut dilaporkan sebilangan kecil penjawat awam termasuk anggota keselamatan seperti polis terbabit dengan najis itu.

Terbaru, seorang pegawai polis yang juga ketua balai di Selangor ditahan selepas didapati positif dadah, Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, pegawai berkenaan positif dadah selepas menghadiri satu pesta dadah di ibu negara.

Turut bersamanya, tujuh anggota dari balai sama namun mereka didapati negatif.

Memetik laporan BERNAMA.com, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, ketua balai tersebut merupakan antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: Dadah RM201 juta dirampas, TMJ ucap syabas pada polis Johor

“Ketua balai tersebut didapati positif dadah jenis syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

“Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya.

Jom ikuti kami di Facebook


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This