Bosan dengan hidangan yang sama setiap hari? Apa kata cuba resipi biskut lapis keju yang enak dan menarik ini. Yang pasti ia mudah disediakan, gerenti anak-anak menyukainya.

BAHAN A
250 gm krim keju
250 gm susu pekat

BAHAN B
200 gm biskut keju Julie’s

BAHAN C
Horlicks secukupnya
Nestum secukupnya

BAHAN D
Parutan keju cedar

CARA
1.Sediakan loyang false bottom pan segi empat bersaiz 8 inci atau bekas yang sesuai.
2.Alaskan dasar loyang dengan plastik pembungkus, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti.
3.Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim. Ketepikan.
4.Susun biskut dengan kemas dalam loyang.
5.Sapukan rata sedikit adunan keju atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.
6.Ulang semua proses tadi hingga biskut dan adunan keju habis. Taburkan bahan D atasnya. Tutup dan sejukkan 1 hingga 3 jam atau semalaman baru dipotong.

Resipi dan foto: Evelyn Gemina dari Blog My Baking Workshop

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi