Kadar kebolehjangkitan Covid-19 seluruh negara jatuh – Noor Hisham

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk seluruh negara jatuh kepada anggaran 0.94 berbanding tahap berisiko melebihi 1.0, hanya seminggu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, belum waktunya untuk berehat kerana sasaran adalah mencapai nilai R0 (R-naught) di bawah 0.6.

‘’Sekiranya nilai R0 lebih rendah daripada 1, maka penyebaran virus menjadi lebih lambat dan sistem penjagaan kesihatan tidak akan terbeban, memberi peluang lebih baik kepada pesakit untuk sembuh. ika nilai R0 ialah 1, ia bermaksud setiap 10 orang yang dijangkiti virus itu berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain,’’ katanya kepada portal Free Malaysia Today.

Noor Hisham berkata, nilai R0 negara adalah 1.16 pada 31 Januari lalu dan nilai itu pernah mencapai kemuncak 2.2 selepas pilihan raya negeri di Sabah pada 26 Sept tahun lalu.

Katanya, walaupun kadar jangkitan lebih rendah dapat dikaitkan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan, kadar itu akan menjadi lebih rendah sekiranya semua orang kekal di rumah dan mematuhi SOP.

“Sekiranya semua orang boleh duduk di rumah selama dua minggu, kita akan dapat menghentikan penularannya. Soalnya, mampukah kita?” katanya.

Ahli virologi sebelum ini berkata, nilai R0 rendah akan memastikan vaksin Covid-19 lebih berkesan untuk mengurangkan kes. Ini kerana, jumlah kes lebih rendah bermakna jumlah orang untuk divaksinasi berkurangan dan pemulihan lebih cepat.

Dalam ciapan melalui akaun Twitter beliau hari ini, Hisham berkongsi nilai R0 untuk setiap negeri.

Tiga negeri dengan nilai R0 tertinggi adalah Johor pada 1.11, diikuti Selangor dan Melaka, pada 1.09.

Sementara itu, Kuala Lumpur dan Sarawak ialah 1.03, Pulau Pinang (0.97), Pahang (0.97), Labuan (0.96), Terengganu (0.95), Negeri Sembilan (0.93), Kedah (0.87), Perak (0.87), Sabah (0.83), Kelantan (0.8), Putrajaya (0.76) dan Perlis (0.65).

Sebanyak 238,721 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat semalam, dengan 50,894 kes aktif dan 12 kematian menjadikan keseluruhan 857 orang meninggal dunia akibat virus itu sehingga kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This