Suspek pencemar Sungai Langat ditahan, kalau tidak bekalan air Lembah Klang terputus lagi..

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pencemar alam sekitar terutama yang sering membuang sisa kimia secara haram ke sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih seperti tidak pernah serik walaupun perbuatan mereka sering menyebabkan penduduk Lembah Klang merana.

Masakan tidak, akibat perbuatan mereka, sungai akan tercemar yang menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menghentikan bekalan air kepada penduduk untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kolam takungan air yang mendapat sumber dari sungai.

Terbaharu, pada 3 Februari lepas, Sungai Langat nyaris tercemar apabila terdapat pihak tertentu menyimpan bahan buangan berjadual (bahan pelarut) di sebuah premis kosong di Taman Seri Reko berhampiran sungai berkenaan yang berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.

Dalam kejadian itu, bahan pelarut yang terdiri daripada 13 tong berkapasiti 160 liter dan enam tong berkapasiti lima liter telah ditemui sepasukan anggota penguat kuasa dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam satu kenyataan malam tadi, Bernama.com melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pula memaklumkan agensi itu dengan kerjasama polis telah memberkas suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar memaklumkan berdasarkan maklumat risikan, JAS Selangor menemukan sebuah lori tiga tan yang disyaki digunakan dalam aktiviti itu yang nyaris menyebabkan Sungai Langat tercemar dan lori terbabit telah disita untuk siasatan lanjut.

SEBAHAGIAN daripada tong-tong yang menyimpan bahan kimia.

Katanya, kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk membawa suspek terbabit ke muka pengadilan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman berat iaitu penjara mandatori dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan mengenai kejadian ini dan sebarang aduan pencemaran hendaklah dilaporkan terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar,” katanya. – UusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This