Spagheti cendawan berkrim

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi spagheti cendawan berkrim yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:
150 gm spageti – rebus
4 cendawan butang – hiris halus
10 gm keju mozarela
10 gm keju cheddar
1 sudu besar keju parmesan
2 helai daun basil
2 sudu besar mentega
100ml susu penuh krim
100ml krim masakan
4 sudu besar krim putar
Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA

1.Cairkan mentega di dalam kuali di atas api sederhana dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2.Selepas itu, masukkan cendawan, krim masakan, susu penuh krim, krim putar, daun basil dan sedikit lada hitam secukup rasa.
3.Biarkan mendidih. Masukkan keju mozarela dan keju cheddar.
4.Masukkan spageti dan gaul sebati.
5.Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas spageti. Sedia dihidang.
Resipi: Rizamudin Mugeni

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi