Di Tampin pagi tadi, seorang lelaki dituduh membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun. Terbaru, satu lagi kes kanak-kanak maut dilaporkan dan kali ini dipercayai akibat dipukul teman lelaki ibunya.
Kejadian di Semenyih itu merupakan yang ketiga dilaporkan bulan ini termasuk yang melibatkan seorang-kanak di Melaka.
Dalam kejadian semalam, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan tersebut daripada Jabatan Kecemasan Hospital Kajang sekitar jam 1.20 tengah hari semalam.
“Mangsa dikejarkan ke hospital bersama ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pihak hospital memaklumkan mangsa telah meninggal dunia selepas menemui kesan kecederaan di bahagian kemaluan mangsa dan kesan lebam di beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd Zaid, hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah didera di sebuah apartmen di Eco Majestic, Semenyih.
Memetik laporan Astro Awani, perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek tanpa disedari ibunya sebelum mereka bergegas ke hospital.
Bagaimanapun polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun itu serta teman lelakinya yang berusia 28 tahun pada jam 5.45 petang Khamis.
Kedua-dua mereka direman salama enam hari bagi tujuan siasatan.
Baca artikel berkaitan: Selepas 9 hari, seorang lagi didakwa bunuh anak tiri
Ibu kandung, bapa tiri didakwa bunuh, dera
Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Kes kanak-kanak maut itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.

