Persenda guru bahasa Inggeris, DJ Yusuf ucapkan selamat tinggal Hitz FM

Dari Penulis

KERANA mulut badan binasa! Penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf yang menimbulkan kontroversi mempersenda seorang guru di aplikasi Tiktok, meletak jawatan, berkuat kuasa semalam.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan stesen radio berkenaan menerusi hantaran di Instagram.

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuat kuasa pada 22 Februari 2021,” katanya.

Terdahulu, Yusuf, 29, telah memuat naik video dan mentertawakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita untuk siaran Didik TV di akaun Tiktoknya.

BERITA BERKAITAN Deejay radio Hitz FM Sarawak perlekeh guru, mohon maaf

Tindakan biadabnya itu telah tular sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuntut dia membuat permohonan maaf selain turut menyarankan perkhidmatannya sebagai juruhebah digugurkan dengan serta-merta.

Susulan itu, pada Jumaat lalu, Yusuf telah tampil memohon maaf kepada guru berkenaan dan menyedari perbuatannya itu tidak kelakar sama sekali.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada guru berkenaan, ahli keluarganya dan semua pihak atas tindakan saya.

“Hal itu langsung tidak lucu dan saya tak boleh mempertahankan ia sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk.

“Sikap saya itu sangat biadab dan saya juga memohon maaf kepada semua guru-guru yang tersinggung selepas menonton video yang saya hasilkan,” katanya.

Malah, Yusuf juga telah berdepan dengan penggantungan tugas bermula 19 Februari lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This