Proses suntikan vaksin ambil masa 15-30 minit – Dr Adham Baba

0
240
vaksin suntik
Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula esok. - Gambar hiasan media sosial

DALAM masa 15 hingga 30 minit sahaja hidup anda anda berubah. Setelah setahun lebih hidup dalam ketakutan dijangkiti virus COVID-19 yang boleh membawa maut, anda kini dapat hidup seperti biasa tanpa perlu lagi terikat dengan pelitup muka yang merimaskan.

Apa yang perlu lakukan hanya bersetuju mendapat suntikan vaksin dan mendaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, apabila giliran anda tiba, segala kekhuatiran akan berakhir.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, individu yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan proses suntikan mengambil masa antara 15 dan 30 minit termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan.

Katanya, stesen pertama ialah untuk saringan gejala dan suhu; stesen kedua untuk pendaftaran; stesen ketiga bagi konsultasi dan persetujuan imunisasi; stesen keempat untuk suntikan vaksin COVID-19; serta stesen kelima untuk pemerhatian.

“Dari saringan suhu sehingga suntikan akan ambil masa antara 10-15 minit. Bagi proses pemerhatian pula selama 15 minit (lagi), namun kita perlu beri ruang secukupnya untuk pemantauan dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putrajaya, hari ini,

Turut hadir Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula esok (24 Feb) dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

BERITA BERKAITAN Malaysia terima 182,520 vaksin COVID-19 lagi esok – Khairy

Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Program itu pada asalnya dijadualkan bermula 26 Feb, namun dipercepatkan ke 24 Feb.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata kementeriannyan sudah bersedia untuk melaksanakan fasa pertama yang melibatkan 572,588 petugas barisan hadapan berdaftar mengikut rekod setakat 21 Feb lepas.

Menurutnya, sebanyak 532 PPV telah dikenalpasti di seluruh negara untuk pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara itu dan dibahagikan kepada lapan kategori mengikut bilangan petugas dan keluasan premis.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram