Gred 22,095 petugas kontrak barisan hadapan dinaikkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 22,095 petugas barisan hadapan melibatkan 21,408 pegawai perubatan dan 607 pegawai pergigian berstatus kontrak ditawarkan kenaikan gred bermula hari ini.

Ia selepas kerajaan telah meluluskan permohonan melaraskan gred Pegawai Perubatan Kontrak Gred UD41 ke Gred UD43 dan Pegawai Pergigian Kontrak Gred UG41 ke Gred UG44 berasaskan kesetaraan laluan kerjaya pegawai tetap.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah dalam kenyataan memberitahu, pelarasan gred tersebut akan ditawarkan menerusi sistem e-housemen dan e-dentist bermula hari ini.

Beliau berkata, makluman mengenai tawaran itu akan dikemukakan kepada pegawai terlibat menerusi e-mel masing-masing.

“Dengan pelarasan gred ini, diharapkan pegawai dapat meningkatkan lagi motivasi dan komitmen untuk melaksanakan tugasan dengan lebih cemerlang termasuk turut bersama membendung serta menangani pandemik Covid-19,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: “Kami juga barisan hadapan..” – Cabaran penggali kubur mengendalikan jenazah pesakit COVID-19

November tahun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberitahu, kerajaan telah meluluskan pelarasan gred pegawai perubatan kontrak daripada gred UD41 kepada gred UD43.

Beliau menjelaskan, kelulusan tersebut sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan selain membolehkan pegawai menerima emolumen yang setara dengan pegawai lantikan tetap.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan untuk menyambung perkhidmatan kontrak.

Menurut KKM, ia melibatkan seramai 585 pegawai perubatan, 1,071 pegawai pergigian dan 1,966 pegawai farmasi.

“Notifikasi mengenai tawaran ini juga akan dikemukakan kepada pegawai yang berkenaan menerusi e-mel masing-masing,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This