Penyelesaian AmBank

SEJAK beberapa hari lalu, bergegar di media sosial terutama laman Facebook penyokong parti tertentu mengenai kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apatah lagi individu berkenaan adalah suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Hari ini, polis mengesahkan sedang menyiasat suami Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Dr Tawfiq Ayman berhubung penerimaan dana dikaitkan dengan 1MDB ke dalam akaun banknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainudin Yaacob berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Siasatan dibuat berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura.

“Disebabkan siasatan membabitkan keterangan di Malaysia dan luar negara, polis sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan mereka yang berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Zeti nafi keluarga terlibat dengan skandal 1MDB

1MDB: Lagi penyelesaian dicapai tetapi Jho Low tetap dicari

Menurut Zainuddin, polis juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Dr Zeti baru-baru ini menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1MDB.

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB.

“Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Zeti yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) .

Dalam satu kenyataan ringkas, Zeti berkata bahawa beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram