Yayasan Bank Rakyat hulur RM75,000 bantu murid sekolah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat mengambil langkah proaktif menghulurkan bantuan persekolahan berjumlah RM75,000 kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Tambun, Perak.

Bantuan sempena Program Kembali ke Sekolah Yayasan Bank Rakyat itu turut diberikan kepada 160 murid dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Sesi penyerahan bantuan itu telah disempurnakan Pengurus Jabatan Program Yayasan Bank Rakyat, Mohd. Mukhti Abd. Rahman yang mewakili Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Menurut Mohd. Mukhti, seramai 160 murid Orang Asli turut menerima bantuan berbentuk set pakaian, stokin dan kasut serta beg sekolah bagi sesi persekolahan yang baru bermula awal minggu ini.

Beliau berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu murid yang memerlukan dan pada masa sama menaikkan semangat untuk ke sekolah sama seperti mereka yang bernasib baik.

“Kami bukan sahaja menyasarkan bantuan ini diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat tempatan tetapi juga kepada masyarakat Orang Asli untuk membuat persiapan persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Yayasan Bank Rakyat sumbang RM400,000 bantu pelajar dan mangsa banjir

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Pengerusi Yayasan Aiman, Datuk Aminuddin Hanafiah; Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Azizul Kama Abd. Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Generasi Muda Tambun, Faridzul Azlan Abd. Shani.

Selain itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said Tambahan, Noorhayati Saha; Pengerusi Pembangunan Wanita Tambun, Surai Husin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan, Hasanuddin Jiran turut hadir dalam majlis berkenaan.

Program bantuan persekolahan anjuran Yayasan Bank Rakyat itu akan diagihkan ke 135 lokasi lain yang telah dikenal pasti kerana ia dapat membantu keluarga dan murid kurang bernasib dalam mendapatkan pendidikan terbaik.

Menurut Yayasan Bank Rakyat, bantuan itu juga diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan.

Sehingga tahun lalu, seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan tersebut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.87 juta.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This