Pemuda UMNO sokong keputusan MT tolak kerjasama dengan Bersatu

Dari Penulis

PEMUDA UMNO menyokong keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang konsisten menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama sebelum ini hanya untuk bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menubuhkan kerajaan dan bukannya bersama Bersatu untuk bekerjasama dalam politik.

“UMNO tidak pernah bersetuju untuk terbabit sebagai satu daripada parti komponen, tetapi hanya sebagai komponen dalam kerajaan PN.

“Sebab itu pendirian berkenaan konsisten dari awal hingga sekarang dan UMNO mendokong kerajaan sehingga PRU-15 akan datang,” katanya pada sidang media program Kempen Kesedaran Saya Nak Vaksin COVID-19 di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO sentiasa fokus untuk tidak terbabit dengan pergolakan yang berlaku berpunca daripada pihak yang mahu melihat UMNO lemah.

“Sejak dulu lagi UMNO tidak pernah ada kluster (kem) kerana perbezaan pendapat itu perkara biasa dan kita tidak mempunyai hanya satu aliran saja.

“Kekuatan UMNO ialah apabila kita membuat keputusan, ia tidak diputuskan oleh individu, malah presiden pun tidak boleh menentukan dasar parti kerana ia ditentukan oleh jemaah,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

BERITA BERKAITAN Ini keputusan lebih 100 bahagian UMNO – Tok Mat

Asyraf Wajdi berkata, jika ada suara mengatakan pihak tertentu melanggar pendirian parti, ia adalah pendirian individu dan tidak boleh menjadi pendirian parti.

“Tidak timbul isu UMNO mahu berpisah dengan PAS kerana kita sudah menandatangani piagam Muafakat Nasional (MN) dan lain-lain kerana ia hanya persepsi mainan musuh yang cuba merosakkan solidariti parti .

“Ramai cemburu dengan rekod terdahulu UMNO yang berjaya membuat kestabilan, kemakmuran dan keharmonian kepada rakyat sejak 61 tahun lalu,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This